Selalu berfikir tentang hidup,buat aku rasa seperti ingin berkongsi sesuatu...apa yang aku tulis nie,dedikasi buat diri aku sendiri...juga untuk dikongsi dengan kawan2 di luar sana....moga apa yang aku tulis nie,membuatkan kita semua menjadi hamba yang sentiasa bersyukur...
Keputusan STPM,SPM dah diumumkan...Ada yang gembira,ada juga yang terpaksa memendam perasaan kesal dan kecewa...Segalanya telah terjawab...Tahniah buat yang berjaya..dan yang kurang bernasib baik,ini bukan penamat segalanya... ISTILAH KEGAGALAN SEPATUTNYA TAK PERNAH WUJUD...JIKA SUDAH MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN BERPUAS HATI DENGAN APA YANG DILAKUKAN,KITA TIDAK GAGAL...CUMA KITA BELAJAR SESUATU YANG BARU DALAM PROSES MENDAPAT KEJAYAAN (berpeganglah dengan kata-kata ini untuk kita terus bangun)...Pintu belum tertutup,sebenarnya pintu baru terbuka untuk kita masuk ke gerbang kehidupan yang sebenar...
SPM dan STPM hanya sebuah peperiksaan kelayakan,tak bermakna gagal mendapat banyak A,beerti gagal memilih kehidupan yang bermutu...Jangan fikir macam tue,tue fikiran orang yang berputus asa...Sama ada A,B,C atau apa pun keputusan yang tercatat pada slip peperiksaan,ITULAH KEPUTUSAN YANG SEPATUTNYA MEMBUAT KITA BERFIKIR LEBIH JAUH...Kalau sebelum nie bercita-cita nak jadi jurutera,doktor,Pakar ekonomi...tapi subjek yang berkaitan dengan kerjaya tue gagal mendapat A,beerti kita boleh memilih sesuatu yang lain...Sesuatu yang selama ini amat sesuai dengan kebolehan sebenar kita,tapi kita sendiri tak sedar semua tue...
Aku terbaca satu kisah nie...
Terdapat seorang kawan yang selama ini dianggap tiada masa depan kerana tak nak habiskan persekolahan,akhirnya berjaya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan rakan-rakan lain yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara...ketika kami beramai-ramai ke sekolah,dia sibuk mengikut neneknya ke sawah...ketika kami sekolah menengah,dia sibuk menjual jagung rebus dan menjaja ais-krim keliling kampung dan ketika kami melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,dia mula berjinak-jinak dengan alam perniagaan...ketika kami melaangkah ke alam pekerjaan,dia sudah masak dengan pengalaman...kini dia berjaya memiliki segala yang diimpikan...DIA BERJAYA BUKAN KERANA AKADEMIK YANG HEBAT...rahsianya???KERANA DIA PERCAYA REZEKI MILIK ALLAH,ADALAH MILIK SEMUA...bagaimana seseorang mencari rezeki,itu yang terpenting...
Kadang kala ALLAH mengurangkan A dalam keputusan kita,kerana nak beri perkara yang lebih besar daripada nilai A itu sendiri...percayallah,bukan dengan sijil2 yang hebat pun,kita maasih boleh menjadi hebat!!KEHEBATAN SEBENAR ADA DALAM DIRI SENDIRI!!!pelajaran hanya satu bonus untuk memantapkan lagi diri seseorang...jangan pernah putus asa...percayalah pada diri sendiri...teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik...kunci segala kekuatan ialah doa...jadi,sentiasa mohon kepada ALLAH moga dipermudahkan lalun hidup kita di masa akan datang...InsyaALLAH..
nurkilan: aishah ramly...
p/s: dear,sory copy n paste..


No comments:
Post a Comment