Kita mesti sedih bila apa yang kita mahukan tak menjadi kenyataan. Kalau boleh,kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Begitu juga dalam dalam sesuatu perhubungan. Sudah tentu kita impikan kebahagian dengan pasangan kita. Bila kita sukakan seseorang, kita akan cuba sedaya upaya untuk belajar tentang diri dia. Kita akan kaji apa yang dia suka, hobi dia, makanan kegemaran dia, pendek kata semualah tentang dia,semua kita nak ambil tahu. Itulah kehebatan cinta. Tapi bukan semua cinta itu terbalas, malah ada juga yang tersungkur, bila cinta ditolak. Lebih menyakitkan, cinta yang di berikan sekadar hanya untuk menjadi bahan mainan atau bahan ketawa. Kalau tak mahu, jangan cuba mainkan hati dan perasaan orang lain. Kalau hari ini, kita pernah lukakan atau sakitkan hati orang lain, tak mustahil satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku semula pada kita. Pada masa tu, baru kita tahu langit tinggi rendah. Jadi, janganlah kita sesekali cuba memainkan perasaan seseorang. Kalau sayang,kata sayang. Jangan digantung tidak bertali. Penantian dengan harapan adalah satu penyiksaan. Hidup dengan cinta,penuh dengan air mata. Cuma cinta kepada Allah yang kekal abadi. Jangan terlalu lena dengan cinta yang sementara. Cinta antara manusia boleh wujud dan hilang dalam sekelip mata, sebab manusia boleh berubah. Hanya satu cinta yang kekal abadi, cinta sejati,cinta pada yang Esa.
p/s: single is simple,couple is trouble

No comments:
Post a Comment